BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 20 October 2010

Pulau Labuan....Wilayah Persekutuan Labuan....

Pulau Labuan pengalaman yang menarik utk dikunjungi...dgn beberapa brgn yg dijual disana bebas cukai...selain itu...tapi sebelum itu kita kenali dulu sejarah dan latar belakang PULAU LABUAN.....
Asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia. Kata 'Labuan' b erasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'.
Labuan dahulunya[ merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum Cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.
Pelbagai peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur tentera asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan juga Taman Burung Eksotik Labuan. Jabatan Muzeum Labuan mengenal pasti bahan-bahan sejarah dan artifak di Labuan untuk direkodkan dan dipamerkan untuk generasi akan datang.[1]
Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jumidar Buyong . Beliau merupakan seorang Panglima Perang Laut di dalam angkatan tentera laut diraja British dan ditempatkan di pengkalan utama tentera laut British di Pulau Victoria ( nama Pulau Labuan sewaktu pemerintahan British ). Nama beliau kemudiannya diambil sebagai nama sebuah jalan di Labuan sebagai memperingati sumbangan dan jasa beliau di dalam usaha membebaskan Pulau Labuan daripada cengkaman penjajah. Dipusarakan di Keramat ( 2 tugu besar ) di Labuan. Mungkin generasi sekarang tidak ramai yang mengetahui nama di sebalik jalan tersebut, namun generasi / pewaris beliau masih menetap di W.P Labuan hingga kini. ( Daripada buku salasilah keturunan / keluarga yang dimiliki oleh salah seorang pewaris / keluarga di Labuan )
Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( UMSKAL ).
Tunku Syarif Kedah merupakan tokoh orang Kedayan / Brunei yang penting di Labuan. Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Dr Low Kok On telah menulis buku 'Tradisi Lisan Keramat Tunku Syarif Kedah' .
Dibawah ni ada beberapa gambar sewaktu perjalanan ke Labuan...jom....











Monday 18 October 2010

Maliau Basin...

Salam Geng²...
Maliau Basin atau juga dikenali sebagai Kawasan Konservasi Maliau Basin merupakan satu kawasan di dalam negeri Sabah yang mewakili kawasan tadahan geologikal mengelilingi Sungai Maliau. Terletak di tengah selatan negeri Sabah, bahagian Tawau ia dijadikan kawasan konservasi oleh Yayasan Sabah pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1997, Jemaah Menteri Negeri Sabah menggazetkan lembah sungai ini sebagai Protection Forest Reserve (Class 1) dengan keluasan 588 kilometer persegi. Kawasan yang juga mempunyai Gunung Lotung (1667 meter), Air Terjun Maliau dan Tasik Linumunsut sedang dalam usaha untuk dicalonkan sebagai World Heritage Site.

Info Pelawat :  
Aktiviti
• Merentas hutan
• Meninjau burung
• Pemanduan malam untuk melihat kawasan tertentu hidupan liar
• Berenang dan riadah di air terjun
Penginapan
Bentuk penginapan di sini adalah tapak perkhemahan. Kemudahan bagi air dan mandi boleh di dapati dari anak sungai dan sungai yang berhampiran.









Cerita Hujung Minggu...

Salam...Salam sejahtera 
Daya tarikan negeri Sabah mmg unik dan tidak heran kenapa Sabah dilawati oleh pelancong dari dalam atau luar Negara. Beberapa gambar sepanjang perjalanan disekitar perairan Taman Abd Rahman Kota Kinabalu yang pernah telah saya rakam untuk tatapan dan perkongsian kita bersama...
Sekitar gambar² yang saya rakam semasa saya menyertai aktiviti memancing bersama rakan².

Pemandangan Gunung Kinabalu awal pagi...


 Hujung Pulau Gaya..




 Tengok apa tu Boy?? hehe..menghayati keindahan ciptaanNya..

Saturday 21 August 2010

Hye kawan²...

Assalamualaikum W.T.B.... Hari ni kita buat blog untuk kelas Pn. Salmah KZ01003 Teknologi Internet. semoga dengan adanya blog ini kita akan dapat berkongsi cerita dan pengalaman yang mungkin boleh diabadikan bersama.... selamat berpuasa dan salam aidilfitri....