BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 30 October 2011

Ketenangan...



BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Salam Ukhwah...

Kejahatan : Jin Dan Syaitan...



Salam....
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: “Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17) Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112) MAKNA PERKATAAN JIN Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. ASAL KEJADIAN JIN Firman Allah maksudnya: Dan diciptakan jin dari nyalaan api. (Ar-Rahman 15) “Al-Maarij” Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin). “Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.” (Al Hajar 27) “Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah. (Al A’raf 12) KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al Baqarah 2) Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan. Dalil Al Quran Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (Al Ah Qaf 29) Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130) TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Wednesday 20 October 2010

Pulau Labuan....Wilayah Persekutuan Labuan....

Pulau Labuan pengalaman yang menarik utk dikunjungi...dgn beberapa brgn yg dijual disana bebas cukai...selain itu...tapi sebelum itu kita kenali dulu sejarah dan latar belakang PULAU LABUAN.....
Asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia. Kata 'Labuan' b erasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'.
Labuan dahulunya[ merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum Cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.
Pelbagai peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur tentera asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan juga Taman Burung Eksotik Labuan. Jabatan Muzeum Labuan mengenal pasti bahan-bahan sejarah dan artifak di Labuan untuk direkodkan dan dipamerkan untuk generasi akan datang.[1]
Antara pejuang penentang penjajah di zaman pemerintahan tentera Jepun di Pulau Labuan ini adalah Jumidar Buyong . Beliau merupakan seorang Panglima Perang Laut di dalam angkatan tentera laut diraja British dan ditempatkan di pengkalan utama tentera laut British di Pulau Victoria ( nama Pulau Labuan sewaktu pemerintahan British ). Nama beliau kemudiannya diambil sebagai nama sebuah jalan di Labuan sebagai memperingati sumbangan dan jasa beliau di dalam usaha membebaskan Pulau Labuan daripada cengkaman penjajah. Dipusarakan di Keramat ( 2 tugu besar ) di Labuan. Mungkin generasi sekarang tidak ramai yang mengetahui nama di sebalik jalan tersebut, namun generasi / pewaris beliau masih menetap di W.P Labuan hingga kini. ( Daripada buku salasilah keturunan / keluarga yang dimiliki oleh salah seorang pewaris / keluarga di Labuan )
Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( UMSKAL ).
Tunku Syarif Kedah merupakan tokoh orang Kedayan / Brunei yang penting di Labuan. Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Dr Low Kok On telah menulis buku 'Tradisi Lisan Keramat Tunku Syarif Kedah' .
Dibawah ni ada beberapa gambar sewaktu perjalanan ke Labuan...jom....











Monday 18 October 2010

Maliau Basin...

Salam Geng²...
Maliau Basin atau juga dikenali sebagai Kawasan Konservasi Maliau Basin merupakan satu kawasan di dalam negeri Sabah yang mewakili kawasan tadahan geologikal mengelilingi Sungai Maliau. Terletak di tengah selatan negeri Sabah, bahagian Tawau ia dijadikan kawasan konservasi oleh Yayasan Sabah pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1997, Jemaah Menteri Negeri Sabah menggazetkan lembah sungai ini sebagai Protection Forest Reserve (Class 1) dengan keluasan 588 kilometer persegi. Kawasan yang juga mempunyai Gunung Lotung (1667 meter), Air Terjun Maliau dan Tasik Linumunsut sedang dalam usaha untuk dicalonkan sebagai World Heritage Site.

Info Pelawat :  
Aktiviti
• Merentas hutan
• Meninjau burung
• Pemanduan malam untuk melihat kawasan tertentu hidupan liar
• Berenang dan riadah di air terjun
Penginapan
Bentuk penginapan di sini adalah tapak perkhemahan. Kemudahan bagi air dan mandi boleh di dapati dari anak sungai dan sungai yang berhampiran.









Cerita Hujung Minggu...

Salam...Salam sejahtera 
Daya tarikan negeri Sabah mmg unik dan tidak heran kenapa Sabah dilawati oleh pelancong dari dalam atau luar Negara. Beberapa gambar sepanjang perjalanan disekitar perairan Taman Abd Rahman Kota Kinabalu yang pernah telah saya rakam untuk tatapan dan perkongsian kita bersama...
Sekitar gambar² yang saya rakam semasa saya menyertai aktiviti memancing bersama rakan².

Pemandangan Gunung Kinabalu awal pagi...


 Hujung Pulau Gaya..




 Tengok apa tu Boy?? hehe..menghayati keindahan ciptaanNya..

Saturday 21 August 2010

Hye kawan²...

Assalamualaikum W.T.B.... Hari ni kita buat blog untuk kelas Pn. Salmah KZ01003 Teknologi Internet. semoga dengan adanya blog ini kita akan dapat berkongsi cerita dan pengalaman yang mungkin boleh diabadikan bersama.... selamat berpuasa dan salam aidilfitri....