BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 18 October 2010

Maliau Basin...

Salam Geng²...
Maliau Basin atau juga dikenali sebagai Kawasan Konservasi Maliau Basin merupakan satu kawasan di dalam negeri Sabah yang mewakili kawasan tadahan geologikal mengelilingi Sungai Maliau. Terletak di tengah selatan negeri Sabah, bahagian Tawau ia dijadikan kawasan konservasi oleh Yayasan Sabah pada tahun 1981. Kemudian pada tahun 1997, Jemaah Menteri Negeri Sabah menggazetkan lembah sungai ini sebagai Protection Forest Reserve (Class 1) dengan keluasan 588 kilometer persegi. Kawasan yang juga mempunyai Gunung Lotung (1667 meter), Air Terjun Maliau dan Tasik Linumunsut sedang dalam usaha untuk dicalonkan sebagai World Heritage Site.

Info Pelawat :  
Aktiviti
• Merentas hutan
• Meninjau burung
• Pemanduan malam untuk melihat kawasan tertentu hidupan liar
• Berenang dan riadah di air terjun
Penginapan
Bentuk penginapan di sini adalah tapak perkhemahan. Kemudahan bagi air dan mandi boleh di dapati dari anak sungai dan sungai yang berhampiran.









2 comments:

RICHARD said...

hye boy...satu pengalaman yang menarik berada disana kn...

RICHARD said...

hye boy...satu pengalaman yang menarik berada disana kan...